Thursday 19 April 2012

~ Ala tomey- tomey~

Assalamualaikum and hello!

Update lagi? updet laa tak kan nak tengok blog aku nie penoh dengan sarang labah-labah kan. ^^

huehuehue!!! ( saje ketawe dengan tangan tutup mulut!! )

Aku bukan nak cerite panjang-panjang macam buat esei masa SPM hari tuu. Aku cuma nak cerite tentang sepupu aku. Yup! sepupu aku and boleh kira teman gadoh laa. Kalau gadoh-gadoh manje dengan dia lah paling best. Betol-betol tak tipu!


!! haa tengok puas-puas. hehe !! 


!! senyum-senyum !! kish kang! hehe 

Geram sangat tengok budak kecik nie. Masa kecik-kecik dulu dia nie memang anti dengan aku. Tak tahu lah nape. Nak cakap garang, aku lemah lembut kot! wahh angkat bakul nampak....lalalaa~

Kalau nampak aku macam nampak musuh ketat lah! hehe sayangg la awak! 



!! bajet comel lah tu. huu memang comel pon. Kelebihan budak nie dia memang pandai amek gambar & bergambar. Tengoklah dia posing kalah Kak Fatin you...





## memang favourite telinga aku lah kalau dengar dia panggil "" Kak Tinn cukkk"" haha dah lali okey. tak faham i.. =D

hep! sorry ye WANGIIIII okey. huuuhukkk

dan dengan '''SOPAN SANTUNNYE'''' aku cakap '' RAYYAN BUCUKKK"
sambil lari-lari kejar budak kecik nie. suke bergurau dengan kak fatin ye...

memang best sangat kalau layan si Rayyan nie. lagi-lagi tahun nie dah masuk taska sebab dia baru 4 tahun. huu tomey-tomey - sambil buat muke comel--

Kalau tanya Rayyan belajar apa kat sekolah? terusss je dia nyanyi ABC sampailah habis. Belajar Alif Ba Ta. Belajar berenang lah sambil tunjuk gaya berenang lagi tuu. ( sambil buat muke cute )

 Wahh time aku dulu tak ade ponnn. tak aci-tak aci. huhu jeles i !!!





Sekarang kami jadi kawan baik kan Rayyan. huhu

Sekarang dah cakap '' kak tinnn wangiiii '' hehe ~ nada yang penuh bangga. lalalaa~

Sayang Rayyan sangat-sangat tau! kami semua kadang-kadang panggil dia Dr. Rayyan. huu sebab nama dia ade dalam satu cerita kat tv. Sampai sekarang kitorang paggil dia Dr. Rayyan. Mudah-mudahan satu hari nanti jadi doktor. Aminnn =D

Okey sampai sini aje entry aku kali ni. Bubye~~

tatatatitititutuuu!!!
 next time sambunggg lagii.

****Assalamualaikum****


Tuesday 17 April 2012

sweet memories with friends and teachers


Assalamualaikum and hello!

Nampak kan betapa semangatnye aku hari ni asik mengupdet aje. huhu 

* Baru buat blog lah katakan semua nak ditulisnya. hee

Okey sebenarnye aku nak share dengan korang beberapa gambar yang banyak sangat memberi kenangan kepada aku dan juga kepada rakan-rakan kelas aku.  # 5 Arif #


Ramai yang tahu kan bila budak habis SPM je mesti cuti bukan main panjang kan. Ha amek kau cuti lah puas-puas. Dulu bukan main asik mintak cikgu cuti kan. Sekarang cuti lah puas-puas. huhu = D

Ada yang kerja. Ada yang pergi kursus tu lah ini lah and banyak lagi. Tapi aku tak pergi mana-mana pon cume amek lesen and duduk rumah parents lau tak duduk rumah parents aku duduk rumah atok aku lah. gilir-gilir gitu. cewahh~

**  Ayat budak dah habis sekolah. huahuahua  **




Aktiviti memasak bersama. First time masak bersama kawan-kawan. best tau! 

masa ni semua nak pegang periuk!

hahaa enjoy sangat masa aktiviti memasak ni. 

Tengok-tengok!! Wahh hebat kawan aku memasak yang pegang senduk tuu...huehuehue

Kalau kitorang yang masak mestilah sedap! huhuu~






This is my friend! kawan paling rapat. Sempat amek gambar kat bilik kaunseling lagi. 

Sebab masa tu ade program yang membolehkan kitorang begambar bersama & tmpah gambar nie.

Tak sia-sia beli gambar nie dapat jadi kenangan bersama. huu







Ehem! gambar sekelas. hehe 

Free style okey! cari aku kat mane? haha 

Batch Science Stream






Gambar kat atas ni pulak gambar Pelajar Bintang SEMAKMUR.

Barisan hadapan adalah barisan guru-guru. Yang di belakang tu kami semua lah yang terdiri pelajar yang mengambil exam besar. 

Ada form 3 and form 5 

Banyak sangat kenangan yang ada sewaktu kita belajar di sekolah. Banyak sangat memory yang kita tak boleh lupakan.

korang pon semua mesti ada kan. yang rindu kawan-kawan tu pegilah tepon ke, datang rumah ke and still keep in touch okey!

Supaya korang tak hilang jejak masing-masing. =D 


okey bubye~ 

take care! see you next time! 



Thursday 12 April 2012

Bestnye ada blog sendiri..yuhuuu~


Assalamualaikum and hello!!

tak pernah nampak blog aku kan? mestilah tak pernah tengok sebab baru je nak tunjukkan kat korang blog aku nie. hehe

*dupdapdupdap. ececeh!! nervous konon nak tulis. First time kot. huehue
Untuk pertama kalinya aku menulis kat blog yang cute miut nie. hehe ;p

aku sebenarnya dah lama sangat memendam rasa nak buat blog ni tapi disebabkan kekangan masa yang sangat-sangat membuzykan.

Sekarang ni barulah boleh nak story-story sikit kat sini. yahoo!! rasa lega...haha
kadang-kadang aku terfikir sebab apa aku nak buat blog nie kan tapi bila aku pikir balik best jugak dapat sharing story dengan korang. ^^

* Sebab Nak Buat Bloggg*

^  mestilah nak mengembangkan bakat menulis aku yang tak seberapa ni.huhu

^  aku nak buat supaya kawan-kawan aku tahu perkembangan aku sekarang. Tak ada lah diorang ingat yang aku ni dah hilang! hee

^  tengok nama blog aku panjang kan. Ha kan senang kalau kawan aku nak cari. hehe diorang akan ingat nama aku sampai bila-bila. huahua

^  nak glamor?? haha tak terfikir pon sebab boleh ke blog aku glamor? mane tahu kan. haha
tak fikir semua tu yang penting aku nak share story sama korang!! huu

****** sesi perkenalan diri ******
huu yang dah kenal aku tu buat-buat lah macam baru kenal and bace skali. haha

* Nur Fatin Nabilah Binti Abas*

* 18 tahun*

* mula berblog pada : 12. 04. 2012 *

* InsyaAllah. ingin menjadi doktor gigi satu hari nanti. Amin...*

Sorry kalau tulisan agak tak terang. Memang macam nie. huhu

okey. bye.bye.bye.


~ untuk pertama kalinya jangan lupa follow ye. huu ~